Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2024

"Perjalanan Bangkit dari Kejatuhan: Kisah Saya Menemui Kekuatan Diri"

 Saya sebenarnya bukan seorang pakar dalam ilmu berkaitan dengan naik taraf diri ini. Korang mesti fikir saya ni tahu serba serbi tentang ilmu motivasi diri. Sebenarnya tidak. Pengalaman telah mengajar saya dan saya sendiri mengalami kejatuhan yang amat dalam sehinggakan tiada ruang untuk saya bangkit semula. Namun bagaikan malam berganti siang, segalanya berubah... Waktu tu, hidup saya rasa macam dah habis. Semua benda nampak gelap, penuh dengan rasa kecewa dan putus asa. Saya cuba pelbagai cara untuk bangkit, tapi tetap rasa macam tersekat. Ada satu masa saya fikir, "Ni ke pengakhiran aku?" Mungkin korang pun pernah rasa benda yang sama kan? Bila dah jatuh, susah nak bangkit balik. Tapi tahu tak, yang peliknya, dalam gelap tu lah saya mula sedar sesuatu. Kadang-kadang, kita kena jatuh dulu untuk betul-betul nampak siapa diri kita sebenarnya. Saya sedar, selama ni saya terlalu ikut arus—cuba jadi apa yang orang lain mahu saya jadi, bukan apa yang saya sendiri nak jadi . Dan...